Wednesday, September 6, 2017

Kenapa Perlu Ambil Takaful?

Ada tiga fungsi takaful. 
1. Income protection
2. Debt repayment
3. Medical card

Kaitkan dengan diri tuan. Yang mana satu fungsi yang tuan mahukan dari takaful.
Tujuan paling utama takaful adalah income replacement, iaitu pengganti pendapatan kita.


Ye, Income replacement!

Bayangkan, tuan sudah biasa hidup dengan gaji RM5000 sebulan. Bayar kereta, yuran anak-anak sekolah, bil telefon.  Tiba-tiba, tuan diuji dengan penyakit yang menyebabkan tuan terlantar selama 9 bulan, siapa nak bayarkan kereta tuan, bagi duit untuk anak tuan ke sekolah?

Bayangkan pula jika orang tanggungan tuan bergantung sepenuhnya pada tuan, siapa yang akan menanggung mereka jika tuan dijemput ilahi di usia muda atau lumpuh buat selama-lamanya? Siapa nak selesaikan pinjaman kereta tuan? Dengan duit mana isteri tuan mahu survive, untuk membesarkan anak-anak tuan?

Maafkan saya kerana terpaksa menulis begini. Ianya berat, tapi itulah hakikat yang terpaksa dilalui jika tidak bersedia.

Jika nak kuatkan serangan (investment), kuatkan dulu barisan pertahanan.


“the best attack is, if you have the best defence” –quoted-

kita dah plan cantik-cantik untuk portfolio investment, nak bersara awal bagai, tiba-tiba kita jatuh sakit, perlukan pembedahan segera yang memerlkan kos yang besar. Tuan tiada pilihan melainkan terpaksa cairkan asset yang ada untuk tampung kos tersebut. Matlamat tuan dalam pelaburan sedia ada terbantut.

Takaful lindungi cash flow tuan, dan melindungi perancangan kewangan tuan tertanggu kerana unexpected thing muncul.

Tuesday, August 29, 2017

Tiada Duit Nak Ambil Takaful??

kalau duit cukup-cukup je, ambil life takaful je.
Medical card bukan keutamaan. Boleh ke hospital kerajaan jika perlukan rawatan. 

Tuan, 
Life takaful ni adalah asas takaful.
Ada 4 komponen;
1.     Pampasan jika meninggal dunia/ Total Permanent Disability
2.     Pampasan jika menghidap penyakit kritikal
3.     Pampasan kerana kemalangan
4.     Waiver (syarikat bayarkan caruman tuan jika tuan menghidap penyakit kritikal/TPD)
……………………

Kenapa ada 4 ni?
Sebab tujuan life takaful, gantikan gaji tuan jika tuan meninggal dunia/ TPD/ menghidap penyakit kritikal/ kemalangan.
Jadi, waris tuan tidak perlu gadaikan tanah/kereta dan apa sahaja untuk makan, minum, bayar yuran sekolah anak dan sebagainya.
………………
Cara nak kira?
Ada 3 cara untuk kira keperluan tuan. Tapi, rule of thumb, mesti jangan lebih dari 10% gaji

1. Jumlah perlindungan setahun gaji
2. Jumlah perlindungan 10 tahun gaji (capital liquidation method)
3. Jumlah perlindungan yang tak habis-habis selagi dunia ni masih wujud. Waah! (capital protected method)
Sebenarnya, kiraan ni bergantung kepada pasangan tuan, berapa lama dia nak struggle untuk tambah pendapatan supaya dapat teruskan hidup semasa tuan masih hidup.

Kalau tuan rasa yang pasangan tuan perlukan setahun sahaja, ambil perlindungan setahun sahaja.

contoh:
jik gaji RM5000 sebulan, RM5000 x 12 =
RM60 000.
Jika tuan mahu memberi masa yang lebih lama kepada pasangan tuan tambah pendapatan, tuan boleh sediakan perlindungan kepada keluarga tuan dalam tempoh 10 tahun.

Contoh: gaji tuan RM5000 sebulan, RM 60 000 setahun.

RM 60 000 x 10 = RM 600 000
Jika tuan nak keluarga tuan nikmati perlindungan selama-lamanya (selagi dunia ini masih wujud), tuan boleh guna capital protected method.

Jumlah pampasan takaful diletakkan dalam Tabung Haji. Tabung haji ada berikan dividen 6% setahun. Jadi, keluarga tuan berbelanja dengan duit dari dividen itu sahaja selama-lamanya.
Macam mana nak kira?

Belanja tahunan / 0.06 = jumlah yang diperlukan.

Contoh: Belanja tahunan, RM 5000 x 12= RM 60 000

RM 60 000 / 0.06 = RM 1 000 0000

jadi, dapatkan life takaful yang memberi perlindungan sehingga RM 1 000 000. Keluarga tuan boleh terus survive tanpa cari kerja lain.

…………………………..
Kenapa perlu waiver?
Supaya polisi tuan tak lapse. Kalau lapse, tuan tak dapat jumlah perlindungan.
Tak ganggu waris untuk bayarkan polisi tuan.
Tabung tabarru’ sentiasa terisi untuk membantu orang lain pula.

======================
sedang cari life takaful paling murah, tapi coverage paling tinggi?
klik sini
=====================

Monday, August 7, 2017

SELESAI TIGA BENDA NI, MOVE FORWARD!!



kalau tiga ni dah selesai, baru boleh mula nak cari agressive fund ke, rumah mana nak beli utk melabur, nak buka cds ngan broker mana untuk trade saham, nak belajar dgn sape untuk trade FCPO.

kalau tiga ni tak selesai, mentor kami, tuan Alwi Adam cadangkan supaya paksa diri untuk selesaikan dulu. Bila dah settle, move forward plak ke arah bebas kewangan.

tiga benda ni simple, tapi ramai yang tak buat-buat.
1. cash flow biar positif, lebihan gaji, at least 10% setiap bulan.
2. cash reserve utk dana kecemasan, at least 3- 6 bulan gaji.
3. takaful, at least life/tpd dan critical illness.




insyaAllah, dah selesai 3 perkara ni, kita more aggressive utk kembangkan duit, bina pasif income untuk financial freedom.

saya doakan tuan-tuan semua berjaya.
doakan saya sama.

jom beramal!

==================================

jika tuan nak saya bantu tuan rancang persaraan, boleh klik sini 

==================================



Thursday, August 3, 2017

Nabi Yusuf Mengurus Krisis Kewangan Mesir





Bagaimana Nabi Yusof hadapi krisis di Mesir?

Us Syaari Abdul Rahman mengajak kita meneladani cara Nabi Yusuf dengan menggunakan formula Y-U-S-U-F, iaitu

Y:  Yakin Allah itu ada
U: Usaha sehabis baik
S: Simpan dulu, baru belanja
U: Utamakan apa yang lebih utama
F: Fokus bulatan kawalan


Y - YAKIN DENGAN ALLAH

Contohi sikap Nabi Yusof yang tidak meminta pun jaminan dari bekas banduan itu, ketika dia meminta tolong dari Nabi Yusof as untuk mentafsir mimpi dari raja mesir ketika itu. Baginda tidak meminta agar dijamin supaya dibebaskan dari penjara jika baginda mentafsirkan mimpi itu. Baginda yakin kepada pertolongan Allah. Akhirnya, baginda bukan sahaja dibebaskan, malah diberikan jawatan sebagai menteri kewangan Mesir.

Jadi, dalam menghadapi krisis eknomi hari ini, kita yakin dengan Allah. Allah menjanjikan keuntungan bagi mereka yang bersedekah, derma dan sebagainya. Jadi, janganlah kita takut untuk bersedekah, derma dan zakat kerana takut harta berkurang.

U- USAHA SEHABIS BAIK
Allah menggunakan kalimah 'daaban', bermaksud melakukan sesuatu perkara biarlah semaksimum mungkin. Bekerja lebih dari kebiasaan. Konsep daaban ini juga diaplikasikan oleh Rasulullah SAW dalam perang Khadaq, bersungguh2, usaha secara luar biasa utuk menggali parit.

Nabi Sulaiman dan rakyatnya bersungguh-sungguh dalam memastikan rakyat dan kerajaan bersungguh-sungguh memastikan simpanan yang ada cukup untuk 7 tahun kemarau akan datang.

Nabi Yusuf juga menggunakan kalimah 'yatabawwa' , iaitu memberi timeline, (kamu berusaha sungguh-sungguh ini selama 7 tahun sahaja ) dan memberikan ancaman jika mereka tidak bersungguh-sungguh dalam menyediakan simpanan ini.

S- SIMPAN DULU BARU BERBELANJA
Kesenangan yang digambarkan dengan tangkai yang hijau, lembu yang gemuk akan diikuti oleh tangkai yang kering dan lembu yang kurus. Jangan terleka dengan kesenangan pada 7 tahun yang pertama. Tapi, simpanlah tangkai yang hijau itu, sebagai persediaan untuk menghadapi kemarau yang dahsyat pada 7 tahun akan datang.

Nabi Yuuf mengarahkan setiap rumah ada gudang masing-masing, dan kerajaan juga ada gudang kerajaan.

jadi, apabila dapat gaji, jangan dibelanjakan kesemuanya. Simpan sebahagian darinya, kemudian bakinya dibelanjakan.

U- UTAMAKAN APA YANG UTAMA
Gandum melambangkan Tanah pertanian dan lembu melambangkan kenderaan. Al Quran menyebut gandum sebelum lembu. Tanah lebih utama dari kereta kerana tanah naik harga dan kereta turun harga.

Ini penting untuk kita aplikasikan di mall. Oleh sebab tidak menyenaraikan terlebih dahulu apa yang perlu dibeli, kita membeli apa sahaja yang muncul di mata kita.

F- FOKUS KEPADA BULATAN KAWALAN
Lembu melambangkan luar kawalan, iaitu musibah dan gandum melambangkan dalam kawalan, iaitu pertanian. Jadi Nabi Yusof lebih fokus kepada pertanian berbanding melayani keresahan atas musibah yang menimpa.

Kita fokus kepada perkara yang dalam kawalan kita , perkara yang kita boleh kawal. Jangan fokus kepada perkara yang luar kawalan kita (bulatan kebimbangan), iaitu musibah yang menimpa.
oleh itu, baginda tidak keluh kesah, tidak ketahuan. Baginda fokus untuk menyediakan simpanan berbanding keluh kesah kerana musibah yang bakal menimpa.

Wednesday, August 2, 2017

LEGA WALAUPUN SUAMI SUDAH TIDAK BOLEH BEKERJA



bekerja di Jabatan Rehabilitasi, saya banyak belajar dengan pesakit, terutamanya ilmu kehidupan.
Pesakit saya seorang engineer, isterinya tidak bekerja.

Beliau diujji Allah dengan kemalangan yang menyebabkan pendarahan dalam otak. Lama di koma di ICU. Hidupnya bergantung penuh kepada isterinya semasa peringkat awal selepas kemalangan.

Alhamdulillah, sudah setahun kemalangan itu berlalu. Beliau dan isteri komited dengan program rehabilitasi dan temujanji dortor bedah otak.

Kini, beliau sudah boleh uruskan aktivti harian asasnya sendiri atas kerusi roda. Isterinya pun sudah tidak risau jika meninggakan dia keseorangan di rumah.

PERKESO menanggung keseluruhan kos pembedahannya, memberikannya pencen ilat, RM1200 setahun.

Selain itu, keluarganya menerima duit dari rumah yang mereka sewakan kepada orang lain. Mereka juga ada terima RM90 000 dari syarikat takaful, secara tunai selepas musibah ini berlaku.

Mereka sentiasa tersenyum dan menasihati saya untuk bersedia semasa masih sihat.

"kena bijak plan duit kite, doctor," kata isterinya di akhir perbualan.

semoga lebih ramai orang yang pandai uruskan kewangan seperti keluarga pesakit ini. ameen

sebarkan kepada keluarga tuan jika artikel ini boleh membantu mereka

===========================
jika mahu saya bantu tuan rancang kewangan tuan,
boleh klik sini
==========================


Wednesday, July 19, 2017

PERSONAL LOAN PENGHANCUR IMPIAN MEMBELI RUMAH





Jika ada aqal, jangan buat personal loan. Personal loan adalah penjara yang menyekat kebebasan tuan.
Akan membelenggu tuan sehinggalah tuan selesai.

Keburukan personal loan??

Personal loan RM 100 000, bayaran bulanan RM 1100.
Tuan tahu tak tuan sudah layak untuk membeli rumah RM200 000 dengan bayaran RM1200 sebulan.

Bank tak suka. Jadi, susah sikit untuk beli rumah, housing loan.

Tuan kerja penat-penat untuk mengkayakan bank.
loan RM 100 000
interest 4%
tempoh 10 tahun.
bayaran bulanan RM1100

jumlah bayaran kepada bank,
RM1100 x 12 x 10 = RM132 000

bank untung RM32k,
sepatutnya tuan dah boleh buat deposit rumah RM 320 000.

=============================================
Tuan nak tau cara nak pendekkan personal loan?

klik sini, saya akan bantu tuan, iAllah
=============================================

Tuesday, July 18, 2017

Sedang Mencari Team Yang Berikan Nasihat Kewangan Holistik??

Masa mula-mula kerja dulu, akhir 2013, saya sendiri pergi ke beberapa syarikat takaful (prudential, etiqa, MMA - kini Zurich, ikhlas) untuk memilih takaful yang sesuai dengan saya.

Untuk rancang persaraan melalui Unit Trust, saya buka banyak laman web tentang untuk mendapatkan info yang betul.

Untuk pengurusan harta pusaka juga, saya buat tindakan yang sama.
Agak penat, dan akhirnya keliru sebab banyak sangat maklumat. Akhirnya, saya rujuk mentor saya untuk membuat keputusan.


Januari 2017, saya mula berkenalan dengan The Sophisticated Investor team , pimpinan tuan Alwi Adam.

VISInya besar, melahirkan lebih ramai certifined financial planner.
TSI bukan tempat ejen unit trust nak kejar sale.
TSI bukan tempat ejen takaful nak kejar KPI.

TSI adalah 'rahim' kepada certified financial planner. Kerana itu, pendekatannya lebih holistic. Kami boleh akses 7 operator takaful kerana visi ini. Kami boleh akses lebih 200 funds dari pelbagai syarikat atas visi ini.

Tidak perlu lagi nak survey pelbagai company untuk ambil takaful, melabur dalam unit trust. Cukup dengan sekadar join team TSI!

bersama-sama kita grow masyarakat kita,supaya tiada lagi jadi mangsa scammer. Tiada lagi yang terlebih caruman takaful. Tiada lagi waris yang merana kerana rumah arwah berpajak gadai..

=================================
Jika tuan berminat untuk join TSI team,
terus hubungi saya

WA 013 9383262
telegram @Baihaqi_Hassan
=================================

Kenapa Perlu Ambil Takaful?

Ada tiga fungsi takaful.  1. Income protection 2. Debt repayment 3. Medical card Kaitkan dengan diri tuan. Yang mana satu fungsi yang tua...