Wednesday, July 19, 2017

PERSONAL LOAN PENGHANCUR IMPIAN MEMBELI RUMAH





Jika ada aqal, jangan buat personal loan. Personal loan adalah penjara yang menyekat kebebasan tuan.
Akan membelenggu tuan sehinggalah tuan selesai.

Keburukan personal loan??

Personal loan RM 100 000, bayaran bulanan RM 1100.
Tuan tahu tak tuan sudah layak untuk membeli rumah RM200 000 dengan bayaran RM1200 sebulan.

Bank tak suka. Jadi, susah sikit untuk beli rumah, housing loan.

Tuan kerja penat-penat untuk mengkayakan bank.
loan RM 100 000
interest 4%
tempoh 10 tahun.
bayaran bulanan RM1100

jumlah bayaran kepada bank,
RM1100 x 12 x 10 = RM132 000

bank untung RM32k,
sepatutnya tuan dah boleh buat deposit rumah RM 320 000.

=============================================
Tuan nak tau cara nak pendekkan personal loan?

klik sini, saya akan bantu tuan, iAllah
=============================================

Tuesday, July 18, 2017

Sedang Mencari Team Yang Berikan Nasihat Kewangan Holistik??

Masa mula-mula kerja dulu, akhir 2013, saya sendiri pergi ke beberapa syarikat takaful (prudential, etiqa, MMA - kini Zurich, ikhlas) untuk memilih takaful yang sesuai dengan saya.

Untuk rancang persaraan melalui Unit Trust, saya buka banyak laman web tentang untuk mendapatkan info yang betul.

Untuk pengurusan harta pusaka juga, saya buat tindakan yang sama.
Agak penat, dan akhirnya keliru sebab banyak sangat maklumat. Akhirnya, saya rujuk mentor saya untuk membuat keputusan.


Januari 2017, saya mula berkenalan dengan The Sophisticated Investor team , pimpinan tuan Alwi Adam.

VISInya besar, melahirkan lebih ramai certifined financial planner.
TSI bukan tempat ejen unit trust nak kejar sale.
TSI bukan tempat ejen takaful nak kejar KPI.

TSI adalah 'rahim' kepada certified financial planner. Kerana itu, pendekatannya lebih holistic. Kami boleh akses 7 operator takaful kerana visi ini. Kami boleh akses lebih 200 funds dari pelbagai syarikat atas visi ini.

Tidak perlu lagi nak survey pelbagai company untuk ambil takaful, melabur dalam unit trust. Cukup dengan sekadar join team TSI!

bersama-sama kita grow masyarakat kita,supaya tiada lagi jadi mangsa scammer. Tiada lagi yang terlebih caruman takaful. Tiada lagi waris yang merana kerana rumah arwah berpajak gadai..

=================================
Jika tuan berminat untuk join TSI team,
terus hubungi saya

WA 013 9383262
telegram @Baihaqi_Hassan
=================================

Tuan adalah mangsa skim cepat kaya jika ada 2 ciri ini.

Pengasas skim cepat kaya ni bijak-bijak. Mereka orang yang sama, sekadar bertukar-tukar nature bisnes.

Mereka dah ada target client untuk join pelaburan mereka. Client mereka ni memang sudah ada ciri-ciri tertentu. Kalau anda ada ciri ini, anda adalah mangsa mereka!!



1. Government servant
Mereka suka orang kerja kerajaaan, sebab mudah nak lepas loan. Buat loan banyak-banyak, supaya pulangan yang dapat lagi tinggi.

2. Orang tamak – gopoh – stress dengan kerja - malas
Orang stress mudah di gula-gula kan dengan kenikmatan bermewah-mewah. Bestnya kalau dah tak perlu gi kerja. Mereka suka kalau jumpa orang yang gopoh, tidak buat research, lebih mudah nak tipu. Mangsa tamak, nak pulangan yang tinggi, tapi malas nak buat kerja lebih untuk tambah pendapatan.

kerana itu, ada doktor dan cikgu yang tertipu. 

Anda adalah dalam pantauan scammer jika ada dua ciri ni. Jika ada pelaburan bagi pulangan tak masuk akal, dengan duit bulan-bulan, sila jauhkan diri anda.

================================
Jika tuan pernah ditipu oleh skim cepat kaya dan mahu saya membantu tuan,
boleh hubungi saya

WA 013 9383262
Telegram @Baihaqi_Hassan
================================

Rasa Nak Bunuh Diri......

"weih, aku join ni, Alhamdulillah boleh cover instalment kereta. Kau nak join tak?"
kawan saya ajak join pelaburan.

"Halal bro. Ustaz pun ada yang join. Penasihat syariah pun ada ni."

...........

"aku rasa nak bunuh diri weih. Hutang aku RM6 juta. Orang bawah aku semua pakat cari aku! stressssssss weeeeeih."

..........

"Kau ada Nampak mat tak? Hp tak boleh contact, dia pun dah tak de kat rumah ni.."

...........


SILAP KEWANGAN

Semua orang pernah buat silap. Silap dalam finance.

silap buat personal loan.
silap join skim pelaburan yang cepat kaya.
silap beli kereta mahal.

Saya pun ada buat kesilapan yang besar dalam kewangan. (Alhamdulillah, tidak pernah ditipu scammer). Sehingga saya terpaksa tangguhkan my financial goal. Terpakasa bekerja double untuk capai impian saya.

ILMU dan MENTOR

Banyak kelas kewangan dan mentor di luar. Pilih guru yang betul, yang ilmunya benar. Yang boleh guide tuan untuk strukturkan semula kewangan tuan, boleh bantu tuan keluar dari hutang sedia ada.

Kelas bawah RM100 pun ada. Buku tak sampai RM50 pun ada.


DISIPLIN

Lepas dah dapat exit plan. Hati kena kental. Semangat kena kuat untuk laksanakan planning.
Masa ni sangat mencabar.


Orang sekeliling perli, pandang semacam.


Kalau hati tak kuat, memang kita tak boleh keluar dari perangkap kewangan ni sampai bila-bila.

DOA dan SOKONGAN

Mohon doa,supaya Allah membantu. Jika sudah ada pasangan, sangat bagus, kerana pasangan yang akan betul-betul sokong kita. Ibu bapa juga tidak putus-putus bagi kita semangat.

IMPIAN

Tampal impian tuan nak bebas hutang di dinding bilik, buat wallpaper handphone. supaya tuan sentiasa on track dan tidak lemah semangat.

Saya doakan tuan berjaya keluar dari penjara kewangan ini.
Jalannya mencabar, tapi kepuasannya di hujung perjalanan.

ameen





=====================================================

jika inginkan saya bantu tuan rangka perancangan untuk bebaskan hutang, boleh terus hubungi saya.

WA 013 9383262
Telegram @Baihaqi_Hassan
======================================================

Kenapa Perlu Melabur Dalam Unit Trust?

Property, stock, future market, bons, unit trust.

semua ini adalah alat pelaburan. Alat untuk kembangkan duit tuan. Tapi, kenapa saya caadangkan tuan melabur ke unit trust?



Semua pelaburan adalah baik. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bergantung dengan risk appetite tuan.


Kenapa saya katakan unit trust adalah pelaburan yang baik?

ISU SEKELILING SAYA

Kawan-kawan saya ramai dari kalangan doctor. Mereka nak melabur, tapi tidak tahu caranya. Mereka nak leverage kan kepakaran fund manager untuk uruskan dan kembangkan duit mereka.

Kebanyakan dari mereka baru bekerja. Gaji permulaan bekerja tidaklah sebanyak doktor pakar. Jadi, mereka mahu tidak mahu pelaburan yang ganggu cashflow mereka, atau modal yang rendah sahaja.

Tapi, meletakkan semua duit dalam kelas pelaburan yang sama agak berisiko, kerana market tidak sama untuk setiap pelaburan.

Selain itu, kawan-kawan saya nakkan pelaburan yang mudah nak dicairkan. Unexpected thing boleh berlaku bila-bila masa sahaja.


BAGAIMANA PELABURAN UNIT TRUST MEMBANTU TUAN?

*Diversity
tuan meletakkan wang pelaburan tuan dalam banyak tempat.

Tuan boleh memilih untuk melabur dalam pasaran Malaysia, US, China atau dalam pasaran saham, bon dan sebagainya

* Risiko rendah
Tidak seperti saham, modal tuan tidak akan hilang secara keseluruhan. Tuan pun boleh memilih mahukan fund yang lebih stabil atau volatile.

*
modal rendah
Jika mahu melabur dalam saham, property, tuan perlukan modal lebih RM1k, tapi untuk melabur dalam unit trust, RM100 pun sudah cukup.

*tidak kacau duit tuan
Tuan boleh mengeluarkan akaun 2 KWSP untuk melabur dalam unit trust. Duit gaji tuan tidak terusik.
*kecairan yang tinggi
andainya tuan perlukan cash, tuan boleh jual pelaburan tuan kepada syarikat dan pembelian berlaku serta merta.

*fleksibel

Apa sahaja matlamat kewangan
tuan dapat dicapai melalui pelaburan unit amanah. Untuk persaraan? Pendidikan anak? Haji? Deposit untuk rumah? Pendekkan loan kereta? Lagi?

*Dua keuntungan
Capital gain. Tuan untung apabila harga unit meningkat
Dividen/ income distribution, iaitu syarikat bagi dividen kepada pelaburnya.


Moga perkongsian ini dapat membuka mata tuan untuk melabur dalam unit trust.


Nak saya bantu tuan melabur dalam unit trust?

hubungi saya, Baihaqi Hassan

WA: 013 9383262
telegram: @Baihaqi_Hassan


Kenapa Perlu Ambil Takaful?

Ada tiga fungsi takaful.  1. Income protection 2. Debt repayment 3. Medical card Kaitkan dengan diri tuan. Yang mana satu fungsi yang tua...