Bagaimana Nabi Yusof hadapi krisis di Mesir?
Us Syaari Abdul Rahman mengajak kita meneladani cara Nabi Yusuf dengan menggunakan formula Y-U-S-U-F, iaitu
Y: Yakin Allah itu
ada
U: Usaha sehabis baik
S: Simpan dulu, baru belanja
U: Utamakan apa yang lebih utama
F: Fokus bulatan kawalan
U: Usaha sehabis baik
S: Simpan dulu, baru belanja
U: Utamakan apa yang lebih utama
F: Fokus bulatan kawalan
Y - YAKIN DENGAN ALLAH
Contohi sikap Nabi Yusof yang tidak meminta pun jaminan dari bekas banduan itu, ketika dia meminta tolong dari Nabi Yusof as untuk mentafsir mimpi dari raja mesir ketika itu. Baginda tidak meminta agar dijamin supaya dibebaskan dari penjara jika baginda mentafsirkan mimpi itu. Baginda yakin kepada pertolongan Allah. Akhirnya, baginda bukan sahaja dibebaskan, malah diberikan jawatan sebagai menteri kewangan Mesir.
Jadi, dalam menghadapi krisis eknomi hari ini, kita yakin dengan Allah. Allah menjanjikan keuntungan bagi mereka yang bersedekah, derma dan sebagainya. Jadi, janganlah kita takut untuk bersedekah, derma dan zakat kerana takut harta berkurang.
U- USAHA SEHABIS BAIK
Allah menggunakan kalimah 'daaban', bermaksud melakukan sesuatu perkara biarlah semaksimum mungkin. Bekerja lebih dari kebiasaan. Konsep daaban ini juga diaplikasikan oleh Rasulullah SAW dalam perang Khadaq, bersungguh2, usaha secara luar biasa utuk menggali parit.
Nabi Sulaiman dan rakyatnya bersungguh-sungguh dalam memastikan rakyat dan kerajaan bersungguh-sungguh memastikan simpanan yang ada cukup untuk 7 tahun kemarau akan datang.
Nabi Sulaiman dan rakyatnya bersungguh-sungguh dalam memastikan rakyat dan kerajaan bersungguh-sungguh memastikan simpanan yang ada cukup untuk 7 tahun kemarau akan datang.
Nabi Yusuf juga menggunakan kalimah 'yatabawwa' , iaitu memberi timeline, (kamu berusaha sungguh-sungguh ini selama 7 tahun sahaja ) dan memberikan ancaman jika mereka tidak bersungguh-sungguh dalam menyediakan simpanan ini.
S- SIMPAN DULU BARU BERBELANJA
Kesenangan yang digambarkan dengan tangkai yang hijau, lembu yang gemuk akan diikuti oleh tangkai yang kering dan lembu yang kurus. Jangan terleka dengan kesenangan pada 7 tahun yang pertama. Tapi, simpanlah tangkai yang hijau itu, sebagai persediaan untuk menghadapi kemarau yang dahsyat pada 7 tahun akan datang.
Nabi Yuuf mengarahkan setiap rumah ada gudang masing-masing, dan kerajaan juga ada gudang kerajaan.
Nabi Yuuf mengarahkan setiap rumah ada gudang masing-masing, dan kerajaan juga ada gudang kerajaan.
jadi, apabila dapat gaji, jangan dibelanjakan kesemuanya. Simpan sebahagian darinya, kemudian bakinya dibelanjakan.
U- UTAMAKAN APA YANG UTAMA
Gandum melambangkan Tanah pertanian dan lembu melambangkan kenderaan. Al Quran menyebut gandum sebelum lembu. Tanah lebih utama dari kereta kerana tanah naik harga dan kereta turun harga.
Ini penting untuk kita aplikasikan di mall. Oleh sebab tidak menyenaraikan terlebih dahulu apa yang perlu dibeli, kita membeli apa sahaja yang muncul di mata kita.
Ini penting untuk kita aplikasikan di mall. Oleh sebab tidak menyenaraikan terlebih dahulu apa yang perlu dibeli, kita membeli apa sahaja yang muncul di mata kita.
F- FOKUS KEPADA BULATAN KAWALAN
Lembu melambangkan luar kawalan, iaitu musibah dan gandum melambangkan dalam kawalan, iaitu pertanian. Jadi Nabi Yusof lebih fokus kepada pertanian berbanding melayani keresahan atas musibah yang menimpa.
Kita fokus kepada perkara yang dalam kawalan kita , perkara yang kita boleh kawal. Jangan fokus kepada perkara yang luar kawalan kita (bulatan kebimbangan), iaitu musibah yang menimpa.
Kita fokus kepada perkara yang dalam kawalan kita , perkara yang kita boleh kawal. Jangan fokus kepada perkara yang luar kawalan kita (bulatan kebimbangan), iaitu musibah yang menimpa.
oleh itu, baginda tidak keluh kesah, tidak ketahuan. Baginda fokus untuk menyediakan simpanan berbanding keluh kesah kerana musibah yang bakal menimpa.
No comments:
Post a Comment