Tuesday, July 18, 2017

Rasa Nak Bunuh Diri......

"weih, aku join ni, Alhamdulillah boleh cover instalment kereta. Kau nak join tak?"
kawan saya ajak join pelaburan.

"Halal bro. Ustaz pun ada yang join. Penasihat syariah pun ada ni."

...........

"aku rasa nak bunuh diri weih. Hutang aku RM6 juta. Orang bawah aku semua pakat cari aku! stressssssss weeeeeih."

..........

"Kau ada Nampak mat tak? Hp tak boleh contact, dia pun dah tak de kat rumah ni.."

...........


SILAP KEWANGAN

Semua orang pernah buat silap. Silap dalam finance.

silap buat personal loan.
silap join skim pelaburan yang cepat kaya.
silap beli kereta mahal.

Saya pun ada buat kesilapan yang besar dalam kewangan. (Alhamdulillah, tidak pernah ditipu scammer). Sehingga saya terpaksa tangguhkan my financial goal. Terpakasa bekerja double untuk capai impian saya.

ILMU dan MENTOR

Banyak kelas kewangan dan mentor di luar. Pilih guru yang betul, yang ilmunya benar. Yang boleh guide tuan untuk strukturkan semula kewangan tuan, boleh bantu tuan keluar dari hutang sedia ada.

Kelas bawah RM100 pun ada. Buku tak sampai RM50 pun ada.


DISIPLIN

Lepas dah dapat exit plan. Hati kena kental. Semangat kena kuat untuk laksanakan planning.
Masa ni sangat mencabar.


Orang sekeliling perli, pandang semacam.


Kalau hati tak kuat, memang kita tak boleh keluar dari perangkap kewangan ni sampai bila-bila.

DOA dan SOKONGAN

Mohon doa,supaya Allah membantu. Jika sudah ada pasangan, sangat bagus, kerana pasangan yang akan betul-betul sokong kita. Ibu bapa juga tidak putus-putus bagi kita semangat.

IMPIAN

Tampal impian tuan nak bebas hutang di dinding bilik, buat wallpaper handphone. supaya tuan sentiasa on track dan tidak lemah semangat.

Saya doakan tuan berjaya keluar dari penjara kewangan ini.
Jalannya mencabar, tapi kepuasannya di hujung perjalanan.

ameen





=====================================================

jika inginkan saya bantu tuan rangka perancangan untuk bebaskan hutang, boleh terus hubungi saya.

WA 013 9383262
Telegram @Baihaqi_Hassan
======================================================

No comments:

Post a Comment

Kenapa Perlu Ambil Takaful?

Ada tiga fungsi takaful.  1. Income protection 2. Debt repayment 3. Medical card Kaitkan dengan diri tuan. Yang mana satu fungsi yang tua...