Wednesday, August 2, 2017

LEGA WALAUPUN SUAMI SUDAH TIDAK BOLEH BEKERJA



bekerja di Jabatan Rehabilitasi, saya banyak belajar dengan pesakit, terutamanya ilmu kehidupan.
Pesakit saya seorang engineer, isterinya tidak bekerja.

Beliau diujji Allah dengan kemalangan yang menyebabkan pendarahan dalam otak. Lama di koma di ICU. Hidupnya bergantung penuh kepada isterinya semasa peringkat awal selepas kemalangan.

Alhamdulillah, sudah setahun kemalangan itu berlalu. Beliau dan isteri komited dengan program rehabilitasi dan temujanji dortor bedah otak.

Kini, beliau sudah boleh uruskan aktivti harian asasnya sendiri atas kerusi roda. Isterinya pun sudah tidak risau jika meninggakan dia keseorangan di rumah.

PERKESO menanggung keseluruhan kos pembedahannya, memberikannya pencen ilat, RM1200 setahun.

Selain itu, keluarganya menerima duit dari rumah yang mereka sewakan kepada orang lain. Mereka juga ada terima RM90 000 dari syarikat takaful, secara tunai selepas musibah ini berlaku.

Mereka sentiasa tersenyum dan menasihati saya untuk bersedia semasa masih sihat.

"kena bijak plan duit kite, doctor," kata isterinya di akhir perbualan.

semoga lebih ramai orang yang pandai uruskan kewangan seperti keluarga pesakit ini. ameen

sebarkan kepada keluarga tuan jika artikel ini boleh membantu mereka

===========================
jika mahu saya bantu tuan rancang kewangan tuan,
boleh klik sini
==========================


No comments:

Post a Comment

Kenapa Perlu Ambil Takaful?

Ada tiga fungsi takaful.  1. Income protection 2. Debt repayment 3. Medical card Kaitkan dengan diri tuan. Yang mana satu fungsi yang tua...